PETALING JAYA: AirAsia telah melanjutkan secara automatik tempoh sah Akaun Kredit kepada tiga tahun dari tarikh kredit untuk semua tetamu yang mempunyai akaun kredit sah dikreditkan sebelum 30 Jun 2021. Menurut syarikat penerbangan itu, tempoh lanjutan itu hanya sah untuk tempahan dalam talian yang dibuat melalui airasia.com atau AirAsia Super App. Jelasnya, bagi tempahan berkumpulan atau yang dibuat melalui ejen pelancongan, pelanggan boleh merujuk kepada ejen tempahan masing-masing untuk maklumat…









