Sektor minyak, gas dijangka pulih secara berperingkat

Sektor minyak, gas dijangka pulih secara berperingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sektor minyak dan gas (0&G) di Malaysia dijangka pulih secara berperingkat ketika berdepan cabaran luaran yang berlarutan dan halangan khusus syarikat, kata MIDF Research.

Firma penyelidikan itu meramalkan penstabilan sektor akan terbentuk selepas tempoh suku kedua tahun ini, disokong situasi yang lebih reda daripada isu ketegangan perdagangan dan konflik geopolitik.

“Harga O&G akan kekal sebagai faktor penentu dalam syarikat tempatan untuk musim pendapatan suku kedua tahun kewangan 2025 yang akan datang,” katanya sambil mengekalkan pendirian ‘neutral’ terhadap sektor itu.

Indeks Tenaga Bursa Malaysia, yang menjejaki 31 saham dalam sektor 0&G, kehilangan hampir 10 peratus sejak tahun bermula, sejajar penurunan harga minyak Brent, penanda aras global lebih daripada 7 peratus.

MIDF Research berkata, pemain pertengahan adalah penerima utama harga minyak mentah yang lebih rendah dan dijangka mendapat manfaat daripada margin penapisan dan peningkatan permintaan storan.

Permintaan gas asli cecair, dipacu peralihan tenaga, keselamatan tenaga dan penjanaan untuk pusat data, dijangka menyokong sektor ini dan meningkatkan operasi melalui penyimpanan dan pengangkutan.

Syarikat pertengahan mungkin mencatatkan hasil kukuh pada suku kedua, kerana bergantung kontrak berasaskan volum jangka panjang, yang memberikan kestabilan ketika turun naik harga komoditi.

Selaras perkembangan tersebut, MIDF Research menamakan Dialog Group Berhad sebagai pilihan utamanya, serta menaik taraf saham kumpulan tu kepada ‘beli’ dengan harga sasaran RM1.85 sesaham.

la namun berkata, harga tidak menentu yang membawa kepada pengurangan ramalan pendapatan, mungkin mendorong pemain utama, terutamanya yang berada di huluan, untuk mengutamakan pengoptimuman kos.

Mereka dijangka membida pelbagai kontrak baharu untuk perkhidmatan dan peralatan O&G, penyimpanan dan pemunggahan pengeluaran, kapal sokongan luar pesisir, serta penerokaan dan pengeluaran (E&P).

Menurut MIDF Research, pemain E&P kekal lebih terdedah kepada tekanan harga walaupun pengeluaran lebih tinggi pada suku kedua, kerana pendapatan mereka berkait rapat dengan harga 0&G semasa.

Projek luar pesisir berkemungkinan kecil berisiko, kerana peningkatan bekalan daripada OPEC+ serta usaha Amerika Syarikat (AS) dan Eropah untuk membina semula inventori minyak masing-masing.

Langkah itu dijangka meningkatkan pengeluaran tetapi kontrak jangka panjang dan pelaburan domestik berterusan Petronas diunjur memberi penampan separa terhadap tekanan luaran.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN