Pak Leh unjur jualan RM200,000 tahun ini - Utusan Malaysia

Pak Leh unjur jualan RM200,000 tahun ini

Mohd Salleh Mat Yusop menunjukkan produk Pak Leh yang dijamin halal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: KPL Foods Sdn. Bhd. mengunjurkan pertumbuhan jualan sehingga RM300,000 tahun ini, didorong oleh penembusan pasaran pasar raya setelah menerima pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2024.

Pengurusnya, Mohd Salleh Mat Yusop, 44, berkata, syarikatnya yang mengeluarkan produk pes kari dan sedia dimakan (RTE) atas jenama Pak Leh mencapai jualan kira-kira RM100,000 pada tahun lalu.

Katanya, pensijilan halal bukan sahaja dapat memberi keyakinan kepada pembeli terhadap kualiti produknya, tetapi juga membuka peluang untuk pasaran yang lebih luas termasuk memasuki pasar raya serta pasaran eskport.

“Selepas menerima pensijilan halal, saya melihat permintaan terhadap produk kami juga semakin meningkat dengan jumlah tempahan yang lebih tinggi ke pasar raya.

“Tambahan pula, jika kami ingin memasuki pasaran eksport pada masa depan. Pensijilan halal amat penting kerana halal daripada Jakim dikenali dan diiktiraf di luar negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohd Salleh berkata, kapasiti pengeluaran premisnya di Bougainvillea Utama, Kuala Kangsar, Perak itu adalah antara 2,000 hingga 3,000 bungkusan sebulan.

Bagaimanapun, dia memberitahu, premisnya mampu untuk mengeluarkan sehingga 1,000 bungkus pes kari sehari jika permintaan terus meningkat.

“Selain itu, saya juga dalam proses untuk mendapatkan mesin baharu untuk pembungkusan. Kami juga ada mendapat geran daripada Jabatan Pertanian.

“Apabila mendapatkan mesin baharu dan meningkatkan automasi dalam proses pembungkusan di premis ini, saya yakin kapasiti pengeluaran kami dapat ditingkatkan lagi bagi memenuhi permintaan di pasaran,” ujarnya.

Dia memberitahu, produk pes kari ikan, ayam/daging dan kambing yang dikeluarkan syarikat kini boleh didapati di ST Rosyam Mart, Peladang Mart, Billion, Pasar Besar Central Market serta di platform e-dagang TikTok Shop dan Shopee.

Tambahnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga antara pelanggan mereka yang mengambil produk untuk diedarkan kepada mangsa bencana banjir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya