Trinity Rainfora kediaman ikonik baharu Bandar Kinrara - Utusan Malaysia

Trinity Rainfora kediaman ikonik baharu Bandar Kinrara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUMPULAN Trinity menawarkan pembangunan mewah ikonik terbarunya yang berorientasikan hutan hujan, Trinity Rainfora di Bandar Kinrara, Puchong.

Pembangunan kondominium 31 tingkat itu dibina di atas tanah pegangan bebas seluas 0.97 hektar dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM388 juta dan menawarkan 535 unit kediaman antara 68.66 meter persegi hingga 110 meter persegi.

Dijadualkan siap pada 2028, harga bagi Trinity Rainfora bermula daripada RM530,000 untuk unit seluas 68.66 meter persegi.

Pengasas dan pengarah urusan kumpulan Trinity, Datuk Neoh Soo Keat berkata, projek Trinity Rainfora itu merangkum kepercayaan syarikat terhadap kehidupan luar biasa yang harmoni dengan alam semula jadi.

Katanya, Trinity Rainfora menawarkan nilai yang tiada tandingan dalam pasaran semasa dan disasarkan kepada golongan kelas menengah atas dan profesional muda.

“Trinity Rainfora turut datang dengan pelbagai saiz unit, di mana keluarga boleh dimuatkan dengan selesa dan kanak-kanak juga akan mempunyai ruang yang cukup untuk berkembang.

“Projek ini juga menawarkan pelbagai kemudahan, termasuk kanopi hutan hujan, trek Skyrun, kawasan perkhemahan glamor (glamping) , kolam renang, gim, dan banyak lagi kemudahan menarik.

“Lebih 40 peratus podium kemudahan dan 53 peratus langit teres didedikasikan untuk kawasan hijau, menawarkan suasana yang tenang persekitaran di tengah-tengah landskap bandar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, Trinity Rainfora turut menawarkan keboleh capaian yang sangat baik untuk ke mana-mana destinasi di sekitar Lembah Klang.

“Jaraknya berdekatan stesen LRT Kinrara BK5 dengan jarak hanya 400 meter serta pembangunan juga bersambung dengan Lebuhraya Bukit Jalil, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

“Trinity Rainfora juga terletak berhampiran dengan pelbagai kemudahan, termasuk institusi pendidikan, pusat membeli-belah, dan kemudahan penjagaan kesihatan. Semuanya dalam radius lima kilometer,” katanya.

Dalam pada itu, Neoh berkata, Sempena pelancaran itu, Trinity memperkenalkan Program Jaminan Emas yang menawarkan tahap jaminan yang tidak dapat ditandingi kepada pembeli rumah, tertakluk kepada terma dan syarat tertentu.

“Waranti 10 tahun untuk kebocoran bumbung, yang melebihi perlindungan dua tahun biasa dan waranti lima tahun untuk timbul jubin, yang melangkaui jaminan standard dua tahun,” jelasnya.

Neoh berkata, program itu bakal meningkatkan lagi permintaan terhadap penawaran tahap keselamatan dan keyakinan yang lebih tinggi untuk pemilik rumah, memastikan bukan sahaja kualiti tetapi ketenangan fikiran kepada pembeli.

“Dengan Trinity Rainfora menjadi antara yang pertama mendapat manfaat daripada program ini, kami menyediakan pembeli dengan ketenangan fikiran yang luar biasa dan nilai jangka panjang.

“Pembangunan ini bukan sahaja menawarkan ruang kediaman yang luar biasa tetapi juga mencerminkan komitmen syarikat terhadap kemampanan dan inovasi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN