KUMPULAN Trinity menawarkan pembangunan mewah ikonik terbarunya yang berorientasikan hutan hujan, Trinity Rainfora di Bandar Kinrara, Puchong. Pembangunan kondominium 31 tingkat itu dibina di atas tanah pegangan bebas seluas 0.97 hektar dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM388 juta dan menawarkan 535 unit kediaman antara 68.66 meter persegi hingga 110 meter persegi. Dijadualkan siap pada 2028, harga bagi Trinity Rainfora bermula daripada RM530,000 untuk unit seluas 68.66 meter persegi.…