Talisa Bangsar Hill Park, residensi urbanisasi terkini - Utusan Malaysia

Talisa Bangsar Hill Park, residensi urbanisasi terkini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROJEK Bangsar Hill Park di bawah pembangunan Sunsuria Bhd. (Sunsuria) yang dilancarkan pada awal tahun ini menampilkan Menara Talisa yang membawakan konsep kediaman dan resort urbanisasi.

Projek dalam fasa kedua berkenaan, menawarkan kediaman bagi pembeli yang menginginkan gaya kehidupan di tengah bandar dengan menerapkan ciri-ciri kecanggihan yang didapati di resort mewah.

Talisa dilengkapi dengan lebih daripada 38 kemudahan yang bertaraf dunia, sekaligus menjadikan bangunan kediaman tersebut wajar diiktiraf sebagai residensi mewah.

Antaranya, ialah kolam renang berasingan bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang terdapat di aras 6L dan di bahagian dek atas bumbung,gimnasium, gelanggang badminton, sauna, taman rekreasi khas bagi haiwan peliharaan serta ruang belajar dan kerja.

Selain itu, Talisa juga dilengkapi dengan dewan tertutup dan ruangan terbuka yang dikhususkan bagi kegunaan untuk acara seperti sambutan hari lahir, aktiviti kekeluargaan, majlis tahlil dan sebagainya.

Di setiap unit kediaman, termasuk lobi di ruangan fasiliti-fasiliti penduduk, penghuni disajikan menikmati pemandangan panoramik bandar sekitar Bangsar, termasuk menara pencakar langit seperti Menara Exchange 106 dan Menara Merdeka 118.

Walaupun terletak di tengah bandar yang pesat dengan pembangunan lain , Sunsuria mengutamakan reka bentuk Talisa yang bercirikan mesra alam dalam masa yang sama melestarikan alam sekitar.

Penduduk berpeluang untuk menikmati keindahan kehijauan di Taman Zen iaitu, sebuah taman yang berkonsepkan taman batu Jepun.

Taman Zen ini mempunyai keunikan tersendiri, di mana landskapnya bercirikan terdapat unsur aliran air, susunan batu dan pokok dan kehijauan lumut yang membuat sesiapa yang memasuki taman tersebut memperoleh ketenangan.

Dalam mengutamakan kepentingan kesihatan penduduk ,Talisa dilengkapi dengan hab perkhidmatan kesihatan termasuk pasukan perubatan terlatih.

Pasukan juruwat akan segera ke rumah pesakit dalam kadar yang segera pada bila-bila sahaja waktu kecemasan.
Dengan berkelusan 917 kaki persegi hingga 1,478 kaki persegi, unit kediaman Talisa, disertakan ruang balkoni, ruang tamu, tiga bilik tidur yang bersambung dengan bilik air, dapur kering dan basah.

Di setiap unit kediaman Talisa, turut disertakan dengan perabot lengkap sepenuhnya sama ada di ruang tamu, sehingga ke bilik-bilik tidur.

Malah rekaan dalaman di unit-unit Talisa juga bercirikan reka bentuk yang lebih anggun dan dapat memberikan ketenangan bagi penghuninya.

Kedudukan lokasi Talisa yang strategik di kawasan kediaman elit, memudahkan untuk menyambungkan penduduk yang ingin menggunakan kemudahan pengangkutan awam bagi destinasi yang diingini mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN