Panduan susun atur bilik pasangan yang dikongsi bersama bayi - Utusan Malaysia

Panduan susun atur bilik pasangan yang dikongsi bersama bayi

BAYI perlu ada ruang sendiri walaupun diletakkan di bilik ibu bapa. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUSUN atur bagi bilik tidur pasangan suami isteri dalam masa turut berkongsi dengan bayi kecil, hendaklah mengambil kriteria yang dapat memberikan keselesaan bagi semua orang.

Selain daripada mempertimbangkan privasi bagi suami isteri, ruangan bilik juga perlu mengutamakan ciri keselamatan terutamanya kepada bayi.

Berkongsi katil dengan bayi adalah tidak digalakkan kerana dikhuatiri, pengudaraan bagi bayi yang mungkin disebabkan saiz badan orang dewasa yang lebih besar.

Pastikan bayi juga mempunyai ruangnya sendiri dengan menambah katil khas bagi mereka yang mana boleh digunakan sehingga ke umur tiga tahun.

Dalam masa yang sama, katil yang berasingan membolehkan bayi tersebut dapat menyesuaikan diri jika berasingan bilik apabila mereka sudah besar kelak.

Bagi pengurusan ruang bilik tidur, pilihan perabot hendaklah multifungsi dan berukuran dalam saiz kecil bagi tujuan mengoptimunkan ruang.

Pilih rak almari yang mempunyai petak ruangan yang banyak bagi memudahkan pengasingan barang-barang bayi dan suami isteri.

Elakkan menggunakan rak yang diperbuat daripada benda ringan seperti plastik, kerana akan membawa keselamatan bayi disebabkan struktur rak tersebut tidak akan kukuh yang disebabkan barang yang banyak jika dalam penggunaan tempoh lama.

Jika saiz bilik tidur utama atau bilik yang digunakan oleh pasangan isteri hanyalah sesuai untuk memuatkan katil bersaiz queen elakkan menambah perabot terlampau banyak.

Penggunaan almari pakaian sama ada tertutup atau berkonsep terbuka lebih daripada tujuh meter akan menjadikan saiz bilik bertambah sempit.

Dalam pada itu, anda mungkin memerlukan pencahayaan yang bersesuain mengikut keperluan yang berbeza dalam ruangan bilik tidur.

Oleh itu, penggunaan cahaya yang lembut pada waktu malam amat digalakkan supaya tidak mengganggu tidur bayi.

Selain itu, gunakan bahan atau perabot yang boleh kedap bunyi, bagi tujuan mengelakkan bayi tidak terjaga daripada tidur.

Pemilihan karpet atau penutup lantai yang sesuai boleh membantu meredakan bunyi langkah kaki.

Sementara itu, pilihan warna-warna lembut dan motif menenangkan terhadap perabot dan dinding bilik dapat menjadikan suasana yang lebih damai dan baik bagi perkembangan bayi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN