Matrix Concepts tidak mempunyai projek terbengkalai - Utusan Malaysia

Matrix Concepts tidak mempunyai projek terbengkalai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYARIKAT pemaju perumahan, Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concepts) tidak mempunyai sebarang projek terbengkalai sejak mula beroperasi di Bandar Sri Sendayan pada 2013.

Datuk Seri Lee Tian Hock berkata, lebih membanggakan syarikat mampu jual lebih 95 peratus perumahan di Bandar Sri Sendayan.

“Kita tidak mempunyai sebarang projek terbengkalai kerana kita merupakan kontraktor perumahan tersebut dan tidak mempunyai sebarang isu terbengkalai.

“Apa yang pasti, kami menawarkan rumah yang mampu dimiliki terutama bagi mereka yang bekerja di Kuala Lumpur dan mahu tinggal di Bandar Sri Sendayan.

“Kami menawarkan harga rumah RM450,000 hingga RM1 juta bagi rumah jenis bertanah (landed) di Bandar Sri Sendayan berbanding di Lembah Klang menawarkan harga bermula RM450,000 bagi rumah apartmen dan saiz agak sederhana.

“Sekiranya mereka berulang alik dari Lembah Klang ke Bandar Sri Sendayan (Seremban) kos agak sedikit berbanding membeli rumah dengan nilai RM1,800 hingga RM2,000 sebulan,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Sehingga kini, kesemua projek perumahan dibangunkan syarikat itu mampu dijual sebanyak 95 peratus dan hanya 38 unit sahaja unit yang belum terjual.

“Bagi perumahan Bandar Sri Sendayan terdapat satu unit sahaja yang tidak terjual, manakala di Kluang, Johor terdapat 28 unit serta di Kuala Lumpur, tiga unit manakala selebihnya ada tanah,” jelas beliau.

Jelasnya lagi, bermula 2015 hingga 2010 Matrix Concepts mempunyai pembeli kurang daripada 10 peratus namun, selepas syarikat disenaraikan dalam pasaran utama Bursa Malaysia terdapat peningkatan sebanyak 25 peratus pembeli rumah dari luar Lembah Klang.

“Sehingga kini, terdapat peningkatan lebih 60 peratus pembeli dari luar Kuala Lumpur. Kebanyakan memilih untuk bekerja di ibu kota dan menetap di Bandar Sri Sendayan.

“Lebih-lebih lagi, pintu masuk ke Bandar Sri Sendayan kini berdekatan dengan Tol Bandar Ainsdale, Lebuhraya Utara- Selatan (Plus), Lebuhraya Kajang – Seremban (Lekas), Lebuhraya Elite serta berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya,” katanya.

Selain itu, fasiliti kemudahan seperti Sekolah Kebangsaan Sri Sendayan, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sendayan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Sri Sendayan serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Sri Sendayan turut dilengkapi bagi kemudahan penduduk di situ.

“Di samping itu, terdapat Masjid Sheikh Ahmad, Bandar Sri Sendayan serta Rumah Kelab di d’Tempat Country Club bagi kemudahan penduduk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya