Johor terima pelaburan RM1 bilion kilang proses bahan api jet - Utusan Malaysia

Johor terima pelaburan RM1 bilion kilang proses bahan api jet

ONN HAFIZ GHAZI (tengah) menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Loji Memproses Bahan Api Jet Mampan Ecoceres di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Negeri ini menerima pelaburan baharu berjumlah RM1 bilion dengan pembinaan loji memproses bahan api jet mampan di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, dekat sini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya mengalu-alukan pembinaan pusat berkenaan yang akan memberi kesan positif secara langsung terhadap ekonomi tempatan dan loji itu merupakan fasiliti yang pertama seumpamanya di negara ini.

“Tidak dinafikan, Johor masih kekal sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini, dengan lokasi yang strategik berhampiran dengan Singapura serta kemudahan infrastruktur yang lengkap.

“Saya difahamkan pelaburan oleh syarikat Ecoceres ini adalah pelaburan asing pertama syarikat itu di luar China, tetapi juga dengan saiz pembangunan yang lebih besar daripada kemudahan dimiliki mereka di negara tersebut,” katanya semasa menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Loji Memproses Bahan Api Jet Mampan Ecoceres Renewable Fuel Sdn. Bhd., di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han dan Ketua Pengarah Eksekutif Ecoceres, Philip Siu.

Onn Hafiz memberi komitmen kerajaan negeri akan bekerjasama erat dengan agensi pusat dalam memudah cara kemasukan pelaburan asing yang bermanfaat untuk negeri dan negara.

Sementara itu, Philip memberitahu, pelaburan dibuat pihaknya itu melibatkan kos keseluruhanRM1 bilion.

“Pelaburan ini memberi pulangan menang-menang kepada Ecoceres, kerajaan Johor dan komuniti setempat kerana turut mewujudkan sebanyak 260 peluang pekerjaan berkualiti tinggi yang akan dibuka kepada penduduk tempatan.

“Selain itu, produk yang dihasilkan syarikat untuk memenuhi pasaran eksport ke seluruh dunia adalah 100 peratus daripada bahan tempatan, sekali gus memberi nilai tambah bagi pasaran eksport Malaysia,” katanya.

Ecoceres merupakan anak syarikat pembekalan gas Towngas yang telah menjalankan operasi perniagaan sejak 1862 yang berpangkalan di Hong Kong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya