UDA lancar apartmen Dedaun Residensi - Utusan Malaysia

UDA lancar apartmen Dedaun Residensi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UDA Holdings Berhad (UDA) baru-baru ini melancarkan apartmen baharu, Dedaun Residensi di Bandar Tun Hussein Onn, sempena Harnival hartanah UDA Ria.

Apartmen setinggi 37 tingkat yang berkeluasan 850 hingga 1,160 kaki persegi itu menyediakan sebanyak 341 unit kediaman dengan harga bermula daripada RM388,000.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai EKsekutif UDA, Datuk Sr. Mohd. Salem Khailany, apartmen Dedaun Residensi merupakan kediaman mesra warga emas serta Orang Kurang Upaya (OKU).

Apartmen itu bakal menyediakan unit-unit khas di tingkat fasiliti berdekatan dengan kolam renang, gimnasium serta surau yang memudahkan golongan berkenaan menggunakan kemudahan tersebut tanpa perlu menaiki lif.

“Inisiatif UDA mewarnai pembangunan bandar termasuk di Bandar Tun Hussein Onn ini selari dengan penjenamaan UDA iaitu ‘L.I.F.E’ yang menekankan kepada ciri-ciri Legasi, Integrasi, Ketelitian dan Memperkasa, seterusnya bergerak ke arah kesejahteraan masyarakat bertepatan dengan konsep Malaysia Madani,” kata beliau.

Apartmen yang selesa berinspirasikan lapan tema dedaun eksklusif iaitu Bonsai, Draco, Zamofilia, Maple, Clover, Sakura, Princess Philodendron dan Monstera Obliqua.

Ia turut dilengkapi sistem rumah pintar iaitu setiap tingkat berdasarkan lapan lapan tema dedaun eksklusif tersebut bakal mengetengahkan ciri-ciri yang tersendiri.

Pelbagai kemudahan lain turut disediakan seperti kolam renang, trail pendakian, 2 atau 3 tempat letak kenderaan, sistem keselamatan berbagai lapisan, pusat jagaan kanak-kanak, ruang perpustakaan, gimnasium, surau, dewan serbaguna, ruang barbeku dan taman permainan kanak-kanak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya