KyoChon 1991 Malaysia terima sijil halal JAKIM - Utusan Malaysia

KyoChon 1991 Malaysia terima sijil halal JAKIM

TERRY GOH (dua dari kiri) pada majlis pengumuman sijil halal JAKIM di KyoChon 1991, The Gardens Mall di sini baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: KyoChon 1991 Malaysia menjadi rangkaian ayam goreng Korea antarabangsa pertama yang mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Terry Goh berkata, meskipun sejak dari mula lagi hanya menggunakan bahan halal yang diimport Korea yang terbaik, pensijilan tersebut diharapkan dapat meyakinkan pelanggan bahawa piawaian halal sentiasa menjadi keutamaan dan dipraktikkan dalam penyediaan makanan.

Katanya, pensijilan halal JAKIM merupakan matlamat penting untuk KyoChon 1991 sejak jenama ini dilancarkan di Malaysia pada Disember 2013.

“Kami amat bertuah kerana pemberi francais memberi sokongan penuh dan melabur untuk kilang automatik bernilai jutaan dolar bagi penghasilan sos dan perapan KyoChon1991.

“Ini bermakna pelanggan KyoChon 1991 di Malaysia boleh menikmati rasa dan kualiti bahan yang sama seperti apabila menjamu selera di KyoChon 1991 di Korea kerana semua sos
dan perapan berasal dari kilang halal yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikan pada majlis pengumuman sijil halal tersebut di cawangannya di cawangan The Gardens Mall di sini baru-baru ini.

Sementara itu, beliau berkata, 15 daripada keseluruhan 35 cawangan mereka telah menerima sijil halal manakala 10 lagi kini dalam proses untuk mendapatkan pensijilan tersebut.

Menurutnya, daripada sembilan negara yang kami beroperasi, KyoChon 1991 Malaysia adalah yang pertama menerima pensijilan halal JAKIM iaitu pensijilan halal yang paling teratas dan teliti dalam memberi pengiktirafan.

“Walaupun perlu melalui proses yang amat rumit, KyoChon 1991 Malaysia berdedikasi untuk menjadi jenama yang boleh dipercayai oleh pelanggan di Malaysia.

“Kesemua cawangan telah menjalani proses pengauditan oleh JAKIM. KyoChon 1991 Malaysia bakal mengumumkan lebih banyak cawangan yang disahkan halal tidak lama lagi,” ujarnya.

Beliau berharap, pensijilan halal tersebut dapat meningkatkan lagi jualan restoran tersebut dan pihaknya juga akan menambah lebih banyak cawangan selepas ini.

Tambahnya, untuk meraikan kejayaan ini, KyoChon 1991 Malaysia menawarkan potongan 15 peratus bagi santapan di cawangan, bawa pulang dan pesanan melalui web dari 12 Mei hingga 13 Jun 2023 dan tiada perbelanjaan minimum diperlukan.

Jelasnya, cawangan yang menerima sijil halal tersebut adalah Selangor sebanyak 10 cawangan, Johor (dua), Pulau Pinang (dua), dan Negeri Sembilan (satu). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya