Bahagian rumah yang wajib diperiksa dan kaedahnya - Utusan Malaysia

Bahagian rumah yang wajib diperiksa dan kaedahnya

KENAIKAN OPR sukarkan orang ramai untuk memiliki rumah sendiri. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM keluaran minggu lepas, kami kongsikan panduan yang anda perlu lakukan untuk membuat pemeriksaan kecatatan rumah baharu anda selepas mendapat kunci.

Ia termasuk peralatan yang diperlukan untuk memeriksa kecacatan rumah baharu menurut PropertyGuru.

Pada keluaran kali ini pula, kita fokus kepada bahagian lain rumah yang perlu diperiksa untuk memastikan tiada cacat-celanya sebelum anda berpindah masuk. Selain itu, apakah kaedah terbaik yang perlu anda lakukan?

Selepas anda selesai memeriksa bahagian utama berkenaan anda boleh memeriksa bahagian lain kediaman anda.

Ingat periksa keseluruhan rumah dan jangan abaikan satu bahagian walaupun ia kecil.

Bagi memudahkan memeriksa kediaman kami sarankan anda membahagikan kawasan yang akan diperiksa dengan memecahkan setiap ruangan rumah kepada beberapa bahagian terlebih dahulu. Anda boleh mulakan dengan ruang tamu, bahagian dapur, bilik tidur, bilik air dan laman.

1. Siling
Untuk memeriksa siling anda boleh mendongak ke atas dan memerhatinya dengan teliti sekiranya terdapat kerosakan seperti bahagian yang bocor, renggang atau warna tidak sekata. Anda juga boleh menggunakan tangga untuk memeriksa siling dengan lebih dekat sekiranya anda kurang yakin bahawa terdapat kerosakan di kawasan yang sukar dilihat dari bawah.

2. Lantai dan jubin
Gelembung lantai sering terjadi melibatkan kediaman baharu jadi anda perlu memeriksanya dengan teliti. Perkara ini ini berlaku kerana jubin kosong disebabkan kurang bancuhan. Jadi apa kaedah yang boleh digunakan untuk memeriksa gelembung lantai? Mudah sahaja dengan menggunakan batang pengetuk dan mengetuk setiap lantai di kediaman anda. Harus diingatkan anda perlu berhati-hati ketika mengetuk lantai atau jubin kerana jika terlalu kuat jubin boleh pecah.

3. Dinding dalam dan luar rumah
Pemeriksaan dinding perlu dilakukan dengan teliti disegenap kediaman anda bagi memastikan tiada sebarang keretakan, berlubang atau terdapat kesan air. Selain itu terdapat juga dinding rumah bengkok atau berlekuk jadi pemeriksaan teliti amat diperlukan. Jika terdapat keretakan atau berlubang jangan lupa tandakan kawasan berkenaan dengan pita pelekat untuk rujukan pemaju.

4. Aliran elektrik pada soket
Pemeriksaan aliran elektrik setiap soket di rumah baru anda perlu dilakukan bagi memastikan kesemuanya berfungsi sebelum anda berpindah masuk. Mudah sahaja anda hanya memerlukan apa sahaja peralatan elektronik lalu cucuk di setiap soket bagi memastikan semuanya berfungsi.

Jangan lupa juga periksa lampu dan kipas sekali kalau ada. Jika tidak menyala, berkemungkinan suis renggang atau terbakar. Tetapi jika tiada tindak balas jangan lupa catat di dalam borang yang diberikan pemaju dan tandakan dengan pita pelekat.

Anda disarankan untuk mengambil gambar dan video sebagai bukti. Jangan lupa juga periksa lampu dan kipas sekali kalau ada. Jika tidak menyala, berkemungkinan suis renggang atau terbakar.

5. Paip
Sila periksa paip yang ada di dapur dan bilik air bagi memastikan tiada masalah paip longgar, bocor atau air perlahan. Sekiranya air perlahan disebabkan tekanan rendah anda boleh memasang mesin pam air.

Alang-alang anda memeriksa tekanan air, cuba periksa saluran tersumbat. Caranya, buka paip sehingga air memenuhi lantai bilik air. Biarkan beberapa jam dan lihat sama ada masih bertakung atau tak.

Jadi setakat itu sahaja perkongsian kali ini dan semoga ia bermanfaat buat anda semua disamping memberi kesedaran bahawa pemeriksaan kecatatan atau kerosakan rumah baharu bukanlah perkara kecil.

Jika anda memandang enteng pemeriksaan berkenaan dan terlepas tempoh DLP maka bersedialah mengeluarkan duit sendiri untuk membaikinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya