CORE Residence @ TRX mampu capai 100% kadar pengambilan menjelang hujung tahun - Utusan Malaysia

CORE Residence @ TRX mampu capai 100% kadar pengambilan menjelang hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: CORE Precious Development Sdn. Bhd. yakin dapat mencapai kadar pembelian 100 peratus pada hujung tahun ini untuk pembinaan CORE Residence @ TRX, projek kediaman pertama di daerah kewangan Tun Razak Exchange (TRX).

Pembinaan yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.4 bilion itu kini telah siap sebanyak 70 peratus.

Pengerusi dan Pengarah Urusan CORE Precious Development Sdn. Bhd., Zhang Bao berkata, setakat ini CORE Residence @ TRX mempunyai kadar pengambilan sebanyak 80 peratus untuk Tower 1 dan Tower 2.

“Pembangunan ini telah menarik pelanggan dari lebih 20 negara dengan pembelinya datang dari negara Asia utama seperti China, Singapura, Korea Selatan, Jepun dan Malaysia.

“Setakat ini, sebanyak 20 peratus pembeli adalah dari Malaysia. Berikutan sambutan baik itu, kami yakin dapat mencapai 100 peratus kadar pembelian menjelang akhir tahun ini.

“Untuk baki kira-kira tidak lebih dari 100 unit yang masih belum ada pembeli, kami sasar untuk menarik pembeli antarabangsa kerana kawasan ini adalah hab kewangan antarabangsa.

“Jadi kami mahu orang asing untuk datang ke sini dan melakukan pelaburan di sini.

“Bagi Tower 3 pula, kami merancang untuk melancarkannya pada hujung tahun ini,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di sini, semalam.

CORE Precious merupakan usaha sama antara China Communications Construction Group (CCCG), salah satu daripada syarikat Fortune Global 500 dan WCT Holdings Berhad, salah satu syarikat kejuruteraan dan pembinaan terkemuka Malaysia dan juga pemaju hartanah.

Merentasi tanah pegangan bebas seluas 1.65 ekar, kediaman mewah itu terdiri daripada dua menara kediaman servis dengan 580 unit dan satu menara pangsapuri servis.

Menawarkan tujuh rekabentuk berbeza untuk pilihan, unit yang dibina adalah antara 624 kaki persegi hingga 1,022 kaki persegi.

Apabila siap, CBRE|WTW akan menjadi pengurus hartanah CORE Residence @ TRX.

Pengarah Urusan Kumpulan CBRE|WTW, Tan Ka Leong berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan rakan kongsi yang berfikiran maju ke hadapan seperti CCCG.

“Pemilihan Pengurus Harta dan proses perbincangan dengan mereka bukanlah satu perkara yang mudah, ini membuktikan bahawa mereka sentiasa meletakkan standard yang tinggi dalam semua aspek untuk memenuhi jangkaan pembeli.

“Kami komited untuk memberikan nasihat terbaik dan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan dan pemilik CORE Residence @ TRX,” katanya.

CBRE|WTW ialah firma perkhidmatan dan pelaburan hartanah komersial di mana ia menyediakan penyelesaian hartanah yang komprehensif kepada pelanggan merentasi pelbagai industri dan sektor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.