Mudahkan perjalanan pengguna kereta api

Mudahkan perjalanan pengguna kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERKHIDMATAN pengangkutan kereta api di negara ini ditambah baik dari segi kemudahan yang dipermodenkan dari aspek gerabak, enjin dan juga landasan.

Baru- baru ini dalam satu sidang akhbar, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan perkhidmatan kereta api belum mencapai tahap pengguna seperti yang disasarkan, bahkan sehingga kini cuma 30 peratus lebih sahaja penumpang, sedangkan kerajaan melabur berbilion ringgit untuk menaik taraf landasan, lokomatif dan gerabak yang lebih moden.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah bilangan lokomatif baharu bagi memenuhi permintaan pengguna dan langkah ini amat bertepatan dengan meningkatnya permintaan penumpang, maka perkhidmatan perlulah lebih cekap.
Namun saya berpendapat ada beberapa faktor lain yang perlu diambil kira dan dibuat penambahbaikan perkhidmatan, antaranya:-

– Perlu ada perkhidmatan jarak dekat dan sederhana jauh seperti Padang Besar – Sungai Petani, Sungai Petani – Ipoh, Ipoh – Tanjung Malim – Ipoh dan Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) dan sebagainya dengan trip yang lebih kerap sebagai contoh setiap 20 hingga 25 minit terutama waktu puncak pagi selain bermula seawal 6 pagi lagi atau lebih awal.
– Bagi trip jarak jauh, trip jadual perjalanan juga perlu lebih kerap iaitu antara 45 minit hingga satu jam.
– Naik taraf perkhidmatan KTMB Pantai Timur dari Gemas – Tumpat agar trip dari Tumpat – Mentakab (Pahang) dapat diadakan secara lebih kerap sekurang-kurangnya setiap dua jam terutama selepas Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) siap pada 2027. Ini kerana mungkin terdapat penumpang dari Tumpat atau lain-lain kawasan di Kelantan dan Lipis yang ingin ke Kuala Lumpur akan turun di stesen KTMB Mentakab sebelum menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur (Gombak Sentral) dengan menaiki ECRL.-UTUSAN

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN