Faisal Halim, wira negara yang akan terus didendang

Faisal Halim, wira negara yang akan terus didendang

KECEDERAAN Faisal Halim belum pulih sepenuhnya dan masih menjalani rawatan susulan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DALAM sekelip mata, segalanya berubah. Saat indah ketika bersama anak dan isteri secara tiba-tiba bertukar menjadi mimpi ngeri. Itulah yang dialami oleh seorang pemain negara kesayangan penyokong Skuad Harimau Malaya dan pasukan Selangor FC.

Segalanya terjadi selepas negara digemparkan dengan berita yang melaporkan seorang pemain bola sepak kebangsaan iaitu Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid jenis sulfurik oleh dua individu tidak dikenali yang memiliki hati ‘hitam’ dan tidak berhati perut.

Pelakunya mempunyai tujuan serta niat jahat mahu membunuh masa depan karier Faisal dalam sukan bola sepak antarabangsa dan Asia. Akibat terkena simbahan asid tersebut Faisal terpaksa menjalani beberapa siri pembedahan.

Para penyokong serta pemerhati sukan negara amat berdukacita dengan keadaan diri Faisal yang sehingga kini masih menerima rawatan dari pihak hospital.

Berkongsi sama perasaan dukacita itu, Nur Aishah Zainol yang merupakan salah seorang Ahli Majlis Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang juga dikatakan sangat rapat serta mengenali ahli keluarga Faisal percaya pemain bola sepak yang sentiasa menggayakan ‘siuuu’ dalam setiap kali perlawan selepas menjaringkan gol bukanlah seorang yang lemah sebaliknya pemain itu tidak cepat patah semangat.

Seluruh peminat dan penyokong Faisal pastinya sedang mendoakan supaya pemain itu dapat kembali menceriakan sukan bola sepak negara.

Menurut Nur Aishah, Faisal boleh dianggap sebagai wira negara di mata dan di hati umum. Walaupun impian Faisal untuk dapat beraksi dalam dua perlawanan kelayakan Piala Dunia pastinya samar-samar atau terpaksa dilupakan tetapi Faisal masih dianggap seorang wira negara yang akan terus didendang.-UTUSAN

MUZAKKIR HARON
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN