SEMUA jabatan dan agensi kerajaan sama ada di peringkat persekutuan ataupun negeri boleh memberi pertimbangan untuk tidak menganjurkan majlis sambutan hari raya. Ini susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru–baru ini yang memutuskan untuk tidak menganjurkan majlis sambutan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana pada tahun ini. Langkah yang diambil Perdana Menteri adalah satu tindakan yang amat bijak dan perlu diikuti semua…
 
								
 
								 
								 
											









