PdPR pilihan terbaik pelajar - Utusan Malaysia

PdPR pilihan terbaik pelajar

Pembelajaran secara dalam talian adalah pilihan terbaik bagi mengekang penularan pandemik Covid-19. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KERAJAAN disaran mengkaji arahan pembukaan semula sekolah dan universiti selepas tempoh darurat tamat pada 1 Ogos ini bagi memastikan kesihatan pelajar tidak tergugat akibat penularan pandemik Covid-19.

Rata-rata ibu bapa menyuarakan pandangan jika pembukaan sekolah dan universiti diteruskan, ia akan mengakibatkan peningkatan jumlah kes Covid-19 secara mendadak di negara ini.

Penutupan sekolah di seluruh negara dibuat berdasarkan analisis data kes positif, kontak rapat dan kuarantin dalam kalangan murid, guru serta warga sekolah yang semakin meningkat ketika gelombang ketiga Covid-19.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Radzi Jidin berkata, data kementerian mendapati kehadiran murid ke sekolah akan terjejas apabila terdapat kes positif di sesuatu kawasan walaupun terletak di negeri tidak mencatatkan kes tinggi. Beliau juga mencadangkan pembelajaran secara dalam talian harus diteruskan dan ia adalah satu pilihan terbaik.

Semua pihak harus bersiap sedia dari segi mental dan emosi jika diarah terus menggunakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian.

Proses PdPR dalam talian terbukti boleh memberi banyak kemudahan kepada pelajar untuk melakukan proses pembelajaran secara fleksibel.

MUHAMMAD ZHARIF ZAILANI
Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam,
Universiti Teknologi Mara (UITM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya