Banjir: PKP tidak halang UUM berbakti - Utusan Malaysia

Banjir: PKP tidak halang UUM berbakti

Barisan sukarelawan UUM dalam majlis pelepasan misi penghantaran bantuan kepada mangsa banjir di Sintok, Kedah, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUKARELAWAN Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan walaupun terpaksa memendekkan tempoh misi selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula 13 sehingga 26 Januari ini.

UUM mengambil keputusan mengarahkan 30 sukarelawannya terdiri daripada staf dan pelajar membatalkan pergerakan mereka ke Johor.

Sukarelawan-sukarelawan yang membawa bekalan makanan dari bank makanan dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) mengagihkan barangan asas untuk kegunaan mangsa banjir dan keluarga mereka.

Mengikut program asal, kesemua sukarelawan akan berkumpul di Kementerian Pengajian Tinggi dan majlis pelepasan disempurnakan oleh menterinya, Datuk Dr. Noraini Ahmad.

Namun, selepas pengumuman PKP, kesemua sukarelawan terdiri daripada Majlis Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia (Maskum) dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) menggerakkan pasukan masing-masing ke lokasi untuk menyampaikan sumbangan dan menjalankan operasi pembersihan.

Pada awalnya pelajar kecewa dengan pengumuman PKP itu, namun hati mereka terubat apabila diberi peluang meneruskan hasrat awal untuk berjumpa dan menagihkan barangan keperluan kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Profesor Madya Dr. Hendrik Lamsali, keputusan memendekkan operasi sumbangan dan pembersihan dibuat bagi mematuhi arahan PKP ke atas enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Walaupun sukarelawan UUM tidak membabitkan enam negeri tersebut tetapi terpaksa akur dengan PKP Bersyarat (PKPB) ke atas enam negeri lagi iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

SAMSUDIN OLI MOHAMED
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Sintok, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya