Orang Melayu perlu berhenti berpecah-belah

Orang Melayu perlu berhenti berpecah-belah

GUNAKANLAH kebijaksanaan dan pertimbangan yang waras dalam membuat keputusan politik dalam musim pilihan raya negeri (PRN) ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WAHAI bangsa Melayu yang beragama Islam, dalam suasana politik yang semakin rasional namun tetap kritikal, jangan sesekali kita alpa walaupun sedetik kedudukan hak istimewa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sentiasa memerlukan perhatian dan pemeliharaan.

Kita perlu peka terhadap sebarang pandangan atau cadangan yang boleh mengubah asas-asas penting yang dipersetujui dalam pembinaan negara. Perbahasan mengenai perkara ini bukan isu kecil, sebaliknya menyentuh asas kenegaraan yang perlu ditangani secara matang dan bertanggungjawab.

Justeru, jangan sesekali membuka ruang kepada mana-mana pihak yang melihat kelemahan atau perpecahan dalam kalangan parti-parti politik Melayu sebagai peluang untuk merealisasikan agenda mereka.

Kelemahan politik orang Melayu hanya akan mengundang pihak lain untuk memperkukuhkan kedudukan masing-masing, manakala kepentingan bangsa dan negara berisiko terpinggir.

Keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila sebahagian pemimpin Melayu terlalu bergantung politik persepsi. Merekamengutamakan perebutan kuasa daripada keikhlasan memperjuangkan kepentingan rakyat.

Dalam keghairahan membina pengaruh politik, ada yang sanggup berkompromi sehingga mengorbankan maruah dan prinsip perjuangan parti sendiri.

Hakikatnya, segala kesan dan liabiliti daripada tindakan sedemikian akhirnya akan ditanggung oleh rakyat, khususnya generasi Melayu yang akan mewarisi landskap politik negara pada masa hadapan.

Kita juga berharap sejarah menyaksikan ketidaktentuan politik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak berulang selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, mahupun selepas PRU16 kelak.

Jangan lagi wujud keadaan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen yang tergantung sehingga pembentukan kerajaan terpaksa bergantung kepada sokongan yang meletakkan pihak majoriti dalam kedudukan yang lemah dan serba terikat.

Dalam sebuah negara majoriti penduduknya orang Melayu dan bumiputera, golongan majoriti tidak seharusnya menjadi boneka kepada mana-mana pihak dalam menentukan hala tuju kuasa politik negara.

Gunakanlah kebijaksanaan dan pertimbangan yang waras dalam membuat keputusan politik.

Fikirkanlah dengan matang demi kepentingan bangsa, kestabilan negara dan kemakmuran masyarakat majmuk yang telah lama hidup bersama dalam suasana aman dan harmoni.-UTUSAN

RAHMAD ISAHAK
Aktivis politik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN