Subsidi diesel bersasar jangan pinggir rakyat Borneo

Subsidi diesel bersasar jangan pinggir rakyat Borneo

PELAKSANAAN penyasaran subsidi diesel perlu dilaksanakan dengan teliti dan bersifat inklusif melibatkan rakyat Borneo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPUTUSAN kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel secara berperingkat merupakan langkah yang wajar dan berpandangan jauh.

Walaupun perubahan ini tidak mudah diterima semua pihak tetapi penting untuk memastikan kedudukan kewangan negara kekal mampan dalam jangka panjang.

Sebagai rakyat, saya melihat kerajaan berusaha menjelaskan rasional di sebalik keputusan ini dan mengambil kira kepentingan pelbagai pihak. Namun begitu, pelaksanaan dasar ini perlu memberi perhatian khusus kepada realiti di Sabah, Sarawak dan Labuan yang mempunyai keunikan geografi serta struktur ekonomi yang berbeza.

Selain itu, kos sara hidup di kedua-dua negeri tersebut juga lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia.

Kerajaan perlu memastikan mekanisme bantuan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan, khususnya di wilayah yang berdepan cabaran logistik dan kos hidup lebih tinggi.

Saya yakin kerajaan akan terus menilai dan menambah baik pelaksanaan dasar ini dari semasa ke semasa. Dengan kerjasama semua pihak serta pendekatan yang adil dan seimbang, kita mampu mengurus cabaran ini demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi negara.-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN