Setiap kali menjelang perayaan, rakyat Malaysia dihidang dengan bunyi bingit mercun yang menggangu ketenteraman penduduk terutama warga emas, ibu yang menidurkan anak dan pelajar yang sedang menelaah ilmu.
Sudah tiba masanya kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar aktiviti ini perlu mengambil kira perkara berikut :
Khaskan kawasan permainan mercun yang harus jauh daripada penempatan penduduk dalam radius beberapa kilometer dan pastikan kawasan permainan tidak berisiko berlaku kebakaran atau letupan besar.
Hadkan waktu bermain bermula maghrib sehingga jam 10 malam sahaja.
Perlu ada pemantauan rapi daripada pihak berkuasa misalnya anggota Rela.
Perlu mendapat kelulusan khas daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Semoga cadangan ini mendapat pertimbangan daripada pihak berkuasa. Perlu tindakan segera kerana permainan mercun tanpa kawalan sudah menjadi budaya kepada segelintir rakyat Malaysia, terutama di ambang hari raya. Jangan sampai berlaku tragedi menyayat hati, sebagaimana kemarahan rakyat
Malaysia terhadap isu pemandu mabuk yang menyebabkan kematian mangsa yang tidak berdosa. – UTUSAN
Pendekar Kampung Boy
Bangi, Selangor










