Belajar dalam talian jimat banyak kos ibu bapa, pelajar

Belajar dalam talian jimat banyak kos ibu bapa, pelajar

BELAJAR dalam talian sudah pasti dapat menjimatkan wang pelajar serta mengurangkan beban kewangan dan perbelanjaan harian mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PIHAK kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan proses pembelajaran secara dalam talian untuk para pelajar.

Proses pembelajaran secara dalam talian ini dapat menjimatkan lebih banyak kos sekaligus dapat mengurangkan beban kewangan dan perbelanjaan harian para pelajar.

Dengan melaksanakan proses pembelajaran secara dalam talian, para pelajar sekolah tidak perlu lagi membazirkan wang mereka untuk bergerak ke sekolah setiap hari dan pulang semula ke rumah mereka dengan menaiki kenderaan awam seperti bas atau van sekolah, membelanjakan wang mereka untuk membeli makanan di kantin atau di kedai-kedai makanan dan pelbagai jenis perbelanjaan sampingan lagi.

Bagi pelajar universiti pula, mereka juga tidak perlu lagi membazir wang mereka untuk menyewa rumah-rumah sewa berdekatan dengan universiti mereka, mereka juga tidak perlu lagi membazirkan wang mereka untuk menyewa atau membeli pelbagai jenis kenderaan semata-mata untuk ke dewan kuliah, dan mereka juga tidak perlu lagi membelanja wang mereka untuk membeli makanan harian.

Sekiranya aktiviti pembelajaran dilakukan secara dalam talian sama ada di peringkat sekolah ataupun di peringkat universiti, banyak proses penjimatan wang dapat dilakukan sekaligus dapat mengurangkan beban kewangan dan perbelanjaan para pelajar.

Sekiranya proses pembelajaran ini tidak sesuai dilakukan sepenuhnya setiap hari, pihak kerajaan boleh memberi pertimbangan untuk melaksanakan proses pembelajaran secara dalam talian ini secara hibrid atau mengikut hari-hari tertentu setiap minggu.

Langkah mudah ini sudah pasti dapat menjimatkan wang pelajar serta mengurangkan beban kewangan dan perbelanjaan harian mereka.

Kita tidak boleh mengharapkan penyediaan menu rahmah semata-mata bagi atasi masalah kos sara hidup yang dialami oleh pelajar kerana ia hanya akan melibatkan satu aspek perbelanjaan para pelajar sahaja. Banyak perbelanjaan lain lagi yang para pelajar terpaksa tanggung. – UTUSAN

DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN