Bahasa Melayu terancam di bumi sendiri

Bahasa Melayu terancam di bumi sendiri

USAHA berterusan perlu dilakukan agar penggunaan bahasa Melayu dapat diperkasakan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPENTINGAN bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara antara kaum di Malaysia, sudah berzaman dilaksanakan namun masih tidak menemui kejayaan, sedangkan dipersetujui sebagai bahasa negara sejak Perjanjian Etnik 1955 lagi. 

Namun, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang sepatutnya menjadi jadi diri orang Melayu ‘dianaktirikan’ oleh bangsa itu  tanpa sedar atau sedar. 

Ini kerana mereka menggunakan bahasa Melayu yang bercampur baur dengan bahasa English dalam percakapan. Bayangkan keadaan 10 tahun akan datang sekiranya jati diri Melayu serta ungkapan ‘bahasa jiwa bangsa’ tidak lagi dihayati sepenuhnya oleh orang Melayu?

Paling mendukacitakan penggunaan iklan televisyen, media sosial pun menggunakan ‘bahasa rojak’ tanpa sekatan dan bantahan. 

Apakah peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dalam menguatkan penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat? Kenapa tidak diperbetulkan kesilapan dalam etika penggunaan bahasa Melayu yang tepat dan betul dalam masyarakat?

Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa negara masih belum diperlihatkan secara berkesan pada etnik Cina, India dan imigran yang berada di Malaysia. Walaupun puluhan tahun menetap dan mendapat taraf warganegara Malaysia, namun peranan bahasa rasmi negara masih gagal dikuasai mereka, bahkan golongan ini seperti sengaja menolak bahasa Melayu sebagai bahasa terpenting di Malaysia. 

Disertakan beberapa cadangan untuk memartabatkan bahasa Melayu:

  • Pemimpin negara perlu memainkan peranan penting dalam menetapkan etika bahasa Melayu yang betul tanpa bahasa rojak. 
  • Media sosial seperti pembaca berita, pengarang dan penulis sewajarnya memelihara bahasa Melayu yang betul tanpa campur aduk bahasa rojak.
  •  Peranan pihak berautoriti dalam memelihara bahasa Melayu dalam masyarakat berbilang kaum wajar dilaksanakan dengan jayanya. 
  • Kebimbangan bahasa Melayu sukar diterima oleh etnik lain bukan sekadar andaian bahkan dalam kalangan orang Melayu juga tidak berminat menguasai bahasa kebangsaan. 
  • Memberi kesedaran kembali agar bahasa bahasa Melayu diangkat sebagai  jiwa bangsa Melayu. –UTUSAN

DR. ZUNAIDDIN IBRAHIM

Bandar Rawang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN