Semarak Ramadan melalui sedekah, gotong-royong

Semarak Ramadan melalui sedekah, gotong-royong

MOHAMAD Anas Naem (tengah) bersama sukarelawan serta penduduk Surau Al-Ikhwan yang bersama-sama menjayakan aktiviti memasak sebelum bubur lambuk diagihkan kepada masyarakat sekitar menjelang waktu petang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BULAN Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, sebaliknya menjadi medan untuk umat Islam memperbanyakkan amal kebajikan serta berkongsi rezeki dengan orang lain. Amalan bersedekah dan membantu golongan memerlukan bukan sahaja menyemarakkan lagi keberkatan Ramadan, malah mengeratkan hubungan sesama masyarakat melalui semangat kebersamaan dan gotong-royong.

Seiring dengan semangat itu, Binnaem Charity meneruskan tradisi tahunan mereka apabila menganjurkan program agihan bubur lambuk sempena Ramadan dengan menyediakan tujuh periuk besar bubur lambuk di Surau Al-Ikhwan, Taman Setia.

Program gotong-royong yang bermula seawal jam 8 pagi itu melibatkan penyertaan warga kerja daripada rangkaian kumpulan termasuk Binnaem Charity, Binnaem Travel & Tours dan Junior Qaliff Childcare Centre, selain sukarelawan serta penduduk Surau Al-Ikhwan yang bersama-sama menjayakan aktiviti memasak sebelum bubur lambuk diagihkan kepada masyarakat sekitar menjelang waktu petang.

Penganjuran program tersebut merupakan tradisi yang sudah berlangsung selama lapan tahun berturut-turut sebagai usaha menyemarakkan semangat Ramadan dan merapatkan hubungan dengan komuniti setempat.

Program berkonsepkan gotong-royong itu bukan sekadar aktiviti menyediakan makanan untuk berbuka puasa, tetapi menjadi platform memperkukuh nilai kebersamaan antara warga kerja organisasi, rakan strategik serta masyarakat setempat.

Melalui program seperti ini, kita bukan sahaja dapat berkongsi rezeki, malah menghidupkan kembali semangat kerjasama dalam komuniti yang menjadi antara nilai penting dalam masyarakat.

Program bubur lambuk yang dianjurkan setiap Ramadan kini menjadi antara aktiviti tradisi organisasi itu yang menghimpunkan warga kerja syarikat, rakan strategik dan komuniti dalam suasana gotong-royong yang sederhana tetapi penuh makna.

Program  itu diharap dapat terus mengukuhkan hubungan antara organisasi dan masyarakat, selain menyemarakkan semangat kebersamaan yang menjadi inti pati bulan Ramadan.

MOHAMAD ANAS NAEM

Pengasas Binnaem Charity

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×