Siling Pasar Seksyen 6 Shah Alam comot, hodoh

Siling Pasar Seksyen 6 Shah Alam comot, hodoh

SILING yang hodoh dan comot di Pasar Seksyen 6, Shah Alam, wajib dicat baharu oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA berasa terpanggil untuk menulis di ruangan ini, kerana merasakan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak serius selesaikan aduan yang dibangkitkan oleh penduduk. 

PBT yang dimaksudkan ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Secara spesifik, siling di Pasar Seksyen 6 Shah Alam, sudah bertahun comot dan hodoh. Ia wajib dicat semula supaya suasana tampak ceria, sekali gus dapat menggembirakan hati peniaga dan pengunjung.

Pasar Seksyen 6 Shah Alam yang terletak di Jalan Kasawari 6/8 menjadi tumpuan penduduk untuk membeli barangan keperluan harian. Dari segi penyelenggaraan, pasar ini adalah tanggungjawab MBSA. Saya sendiri paling kurang seminggu sekali berkunjung ke situ untuk membeli barangan keperluan dapur.    

Secara kewarasan akal, antara tanggungjawab hakiki sesebuah PBT mahupun swasta, adalah menjaga aset-aset supaya berada dalam keadaan selamat, tidak cacat ataupun sakit mata memandang.

Saya pernah membuat aduan kepada MBSA, dengan menulis e-mel kepada Datuk Bandar Shah Alam. Aduan dibuat pada 22 Disember 2025 dan 29 Januari 2026. Namun, semasa saya membuat tinjauan pada pagi  11 Februari 2026, pihak MBSA masih belum mengambil apa-apa tindakan positif.

 Justeru, saya ingin menggesa agar pihak MBSA mengecat kembali siling yang comot ini, dengan serta-merta.  

Adalah diharapkan, dengan tersiarnya aduan tentang kecacatan siling di Pasar Seksyen 6 Shah Alam di ruangan Forum ini, pihak MBSA akan mengambil tindakan yang sewajarnya. –UTUSAN

 

KAMARUDDIN HASSAN

Seksyen 8, Shah Alam, Selangor

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN