Sekolah usia enam tahun jadikan murid lebih bersedia

Sekolah usia enam tahun jadikan murid lebih bersedia

INISIATIF enam tahun masuk darjah satu secara sukarela merupakan langkah positif ke arah sistem pendidikan yang lebih lentur, adil dan berpusatkan murid.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
INISIATIF Kementerian Pendidikan yang membenarkan pendaftaran secara sukarela ke tahun satu bagi kanak-kanak seawal usia enam tahun bermula 2027 membolehkan kanak-kanak yang sudah bersedia dari segi mental dan emosi untuk memulakan pembelajaran formal lebih awal, sekaligus mengoptimumkan potensi mereka tanpa terikat kepada garis masa yang kaku.
Ia juga selari dengan amalan terbaik antarabangsa yang semakin mengutamakan kesediaan untuk bersekolah berbanding sekadar usia kronologi.
Inisiatif ini selari dengan teras Rancangan Pendidikan Malaysia yang menekankan pendidikan berkualiti, inklusif dan berpusatkan murid.
Dengan memberikan pilihan, kita mengukuhkan pendekatan berasaskan keupayaan dan minat murid, sekaligus menyumbang kepada pembangunan modal insan yang lebih holistik dan kompetitif. Ia juga memperlihatkan komitmen kerajaan dalam melaksanakan reformasi pendidikan yang progresif dan relevan.
Kajian akademik menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberikan peluang pembelajaran mengikut tahap kesediaan menunjukkan motivasi yang lebih tinggi, keyakinan diri yang kukuh dan pencapaian akademik yang lebih baik dalam jangka panjang.
Inisiatif ini boleh mengurangkan tekanan pembelajaran tidak sesuai usia dan membantu menggilap bakat murid seawal mungkin.
Dengan melibatkan ibu bapa dalam membuat keputusan pendaftaran awal, polisi ini mengukuhkan perkongsian tanggungjawab antara rumah dan sekolah.
Ibu bapa yang memahami perkembangan anak boleh membuat pilihan terbaik, manakala sekolah pula dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih homogen dari segi kesediaan murid.
Inisiatif ini merupakan langkah positif ke arah sistem pendidikan yang lebih lentur, adil dan berpusatkan murid.
Ia bukan sahaja selaras dengan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035, malah menjana ruang untuk pembangunan potensi murid secara optimum, sekaligus menyediakan generasi muda untuk menghadapi cabaran masa depan dengan lebih baik.
Inisiatif ini akan menyumbang secara signifikan kepada peningkatan kualiti pendidikan negara dan kesejahteraan holistik murid. – UTUSAN
DR. FAZILAH RAZALI
Ketua Jabatan Jabatan Asas Pendidikan
Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti
Putra Malaysia
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN