JABATAN Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah melancarkan agenda transformatif melalui tema “Reformasi POLYCC Memacu Lonjakan TVET Negara” sempena Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK), Dr. Shamsuri Abdullah yang telah diadakan di Politeknik Merlimau Melaka (PMM) baru-baru ini. Katanya, tahun 2026 merupakan fasa penting untuk memposisi semula politeknik dan kolej komuniti melalui pengenalan Pendidikan Teknikal dan Profesional (PTE) sebagai hala tuju baharu bagi mengangkat reputasi…










