Saya sebagai salah seorang bapa yang menghadiri pentas konvokesyen UPM baru-baru ini berasa meriah, kagum dan terpesona dengan sumbangan digalas oleh Kelab Pengacara UPM.
Senario yang wujud dalam Dewan Konvokesyen ini memang membakar semangat para peserta. Di sebalik gema tepukan dan wajah penuh harapan Dewan Konvokesyen Universiti Putra Malaysia terdapat suara-suara terlatih yang menghidupkan detik-detik paling bermakna dalam perjalanan akademik setiap graduan.
Setiap sebutan nama yang jelas, tertib dan beirama bukan sekadar pengumuman. Sebaliknya ia merupakan penghormatan terhadap usaha bertahun-tahun yang akhirnya diraikan di pentas bersejarah universiti.
Pihak berkenaan berjaya membentuk standard profesionalisme dalam dunia pengacaraan di peringkat universiti. Senyuman lebar wujud di kalangan paras muka ibu bapa. Mereka memberi tumpuan penuh terhadap acara ini dengan penuh semangat bangga.
Konvokesyen berjalan selama lebih kurang tiga jam. Kapal tidak berlayar tanpa kelasi yang mengemudikan.
Professor Di-Raja Ungku Aziz pernah menegaskan pendidikan mesti membebaskan manusia daripada kejahilan, bukan sekadar mempersiapkan mereka untuk mencari makan. Pendidikan sebenar bukan hanya melahirkan pelajar cemerlang tetapi insan berjiwa ihsan.
Dr Thayabaran yang berasal dari Taman Seri Serdang pula mengulas bahawa konvokesyen bukan tanda penamat kepada perjalanan akademik, tetapi menjadi ruang menghargai sokongan keluarga termasuk dirinya.
Dr. Thayabaran seorang graduan PHD dalam pengajian bahasa Inggeris.
Abangnya Prof. Madya Dr.Thinagaran yang kini bertugas sebagai Ketua Jabatan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat pula berpendapat cara dan kaedah majlis konvokesyen bukan lagi sekadar norma akademik, tetapi satu cara menghargai diri dan perjalanan peribadi masing-masing.
Nilai sebenar konvokesyen tetap terletak pada pengalaman yang membentuk mereka sepanjang pengajian.
Bagi ramai graduan, majlis itu menjadi simbol ketabahan mereka sepanjang tempoh pengajian. Matlamat akhirnya ialah menjadikan ilmu sebagai asas kemakmuran negara yang mampan, beretika dan berdaya saing, sambil meneguhkan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi dunia yang diyakini, relevan kepada masyarakat serta mampu menyediakan peluang mahir kepada graduan.
Pendekatan ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan tinggi ialah pelaburan strategik untuk masa depan negara berkualiti. Corak kehidupan para pemimpin kita memang penuh dengan cabaran dan pergolakan.
Pendidikan tinggi pula menjadi motivasi besar pada para pemimpin kita untuk menghadapi segala cabaran dan rintangan. Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang menuntut kursus Phd di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk thesis ialah transformasi ekonomi dalam Malaysia.
Kecemerlangan graduan tidak terbina dalam sekelip mata, tetapi Iahir daripada persekitaran pembelajaran yang kondusif, sokongan para pensyarah dan para ibu bapa dan ahli keluarga.
Para ibu bapa berbilang kaum pula berkongsi kegembiraan antara satu sama lain. Ini pula memberi mesej bahawa pendidikan ialah alat terbaik untuk membina perpaduan.
Bagi ramai anak muda konvoksyen bukan sekadar satu majlis rasmi, tetapi detik penting yang menandakan perjalanan hidup, membentuk identiti, keyakinan dan hala tuju masa depan.
Tempoh pengajian di universiti bukan sahaja mengenai menyiapkan tugasan dan menduduki peperiksaan, tetapi juga kematangan diri, kemahiran insaniah serta kemampuan menghadapi tekanan dan cabaran harian.
Usaha UPM ini menjadi sebahagian daripada menghargai perjalanan pembelajaran yang sudah ditempuhi. Konvokesyen bukan saja hari menghargai perjalanan akademi tetapi membawa makna istimewa dalam hidupnya.
Konvokesyen ini satu hari yang membawa makna kemajuan peribadi, bukan sekadar pencapaian akademik sahaja. Majlis ini tentu saja sangat bermakna kerana ia mungkin kali terakhir untuk bertemu kawan-kawan masing-masing sebelum memasuki dunia pekerjaan selain membina kehidupan sendiri.-UTUSAN
PERUJI PERUMAL
Penolong Pengarang Malaysia Nanban










