SERAMAI 200 mahasiswa UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban menyertai Program Usahawan Digital YPM 2026 anjuran Kelab Prime Mover UiTM dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Mara (YPM). Program ini dirangka khusus bagi melengkapkan mahasiswa dengan kemahiran praktikal dan strategi perniagaan moden selari dengan keperluan ekonomi digital yang semakin mencabar dengan bimbingan penceramah jemputan, Siti Nur Suraya Mohamed Ali, seorang pakar keusahawanan digital. Selain pendedahan kepada pemasaran digital dan pengurusan kewangan, peserta…










