KEKURANGAN zat bukan sekadar isu kekurangan nutrien tetapi juga ketidakseimbangan sama ada terlalu sedikit atau terlalu banyak nutrien. Ini bermakna seseorang boleh obesiti tetapi masih mengalami kekurangan zat. Satu daripada dua rakyat Malaysia berada dalam kategori ini. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2024 menunjukkan rakyat Malaysia mengambil terlalu banyak gula, garam dan makanan berlemak tetapi terlalu sedikit buah, sayur dan susu. Diet sebegini meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung dan strok.…











