MENJADI pemimpin sering digambarkan sebagai kedudukan mulia, dihormati dan dipandang tinggi. Namun, realitinya jauh lebih rumit, terutama apabila seseorang pemimpin itu sendiri bergelut dengan masalah peribadi, kelemahan sikap atau kekurangan kompetensi. Pemimpin yang bermasalah memikul tekanan berganda. Mereka bukan sahaja memegang amanah organisasi atau komuniti, malah terpaksa berdepan kekusutan dalaman yang belum selesai. Konflik antara tanggungjawab dan kelemahan diri menjadikan kepimpinan satu beban yang berat. Di hadapan orang ramai, mereka…










