SETIAP binaan, kecil atau besar, mesti mempunyai struktur asas yang kukuh. Sebagai contoh, sebuah rumah memerlukan alang, rasuk, tiang-tiang kecil, sendi dan pasak yang menyokong keseluruhan binaan. Semua elemen ini bekerjasama untuk menampung beban statik dan memastikan rumah kekal stabil. Jika salah satu elemen ini lemah atau berkualiti rendah, rumah menjadi tidak selamat dan berisiko runtuh. Metafora ini boleh digunakan untuk organisasi sekali gus menunjukkan keutuhan dan kestabilan sesebuah organisasi…










