ISU kesesakan di plaza tol bukanlah perkara baharu. Bertahun lamanya, pengguna lebuh raya berdepan barisan panjang, masa perjalanan yang tidak menentu dan tekanan pemanduan, terutamanya semasa cuti awam atau waktu puncak. Masalah ini sepatutnya boleh dielakkan melalui pengurusan yang lebih cekap. Dalam usaha menangani cabaran ini, projek rintis penggunaan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) melalui aplikasi JustGo yang baru dilancarkan di jajaran tol Hutan Kampung dan Sungai Dua, Kedah…










