Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan untuk mendedahkan perjanjian konsesi lebuh raya sebagai langkah ke arah ketelusan yang lebih besar dalam membuat keputusan. Perjanjian konsesi yang mengawal lebuh raya bertol biasanya bersifat jangka panjang, menjangkau antara 30 hingga 50 tahun atau berterusan sehingga syarikat konsesi mendapat pelaburan bersama-sama dengan kadar pulangan yang dipersetujui. Ciri utama kontrak konsesi ialah mekanisme kadar tol, jaminan jumlah lalu lintas, pampasan dan penamatan konsesi…










