“Sekali air bah, sekali pantai berubah”. Pepatah ini mengingatkan kita perubahan adalah sesuatu yang pasti dalam kehidupan. Namun, walaupun hakikatnya tidak dapat dielakkan, penerimaan terhadap perubahan bukanlah mudah. Setiap individu membawa latar belakang, nilai dan keyakinan yang berbeza, manakala kecenderungan untuk berada dalam zon selesa sering menjadi halangan utama dalam menerima sesuatu agenda baharu. Persekitaran organisasi dan pengaruh individu sekeliling juga memainkan peranan penting, menjadikan proses adaptasi terhadap perubahan satu…










