PERJUANGAN memerangi rasuah dan membina integriti sering bergema dalam wacana awam, namun fokus yang mendalam perlu diberikan khususnya kepada Perkhidmatan Awam. Sektor ini menjadi barisan hadapan tadbir urus negara kerana di sinilah keputusan penting dibuat, lesen diluluskan, projek diagihkan dan perkhidmatan diberikan. Setiap peluang ini menjadi rebutan, malah ada yang mengambil kesempatan menggunakan taktik tidak beretika termasuk rasuah. Fenomena sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam institusi yang sepatutnya menjadi tunjang kedaulatan…










