AMANAH Pelaburan Hartanah Islam (i-REIT) merupakan instrumen pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur memiliki sebahagian daripada aset hartanah komersial tanpa perlu membeli bangunan secara fizikal. I-REIT beroperasi dengan mengumpul dana daripada pihak pelabur untuk membeli hartanah bernilai tinggi seperti hospital, pusat logistik, gudang industri dan bangunan pejabat. Pendapatan utama i-REIT datang daripada penyewaan hartanah dan hasil sewaan ini kemudian akan diagihkan kepada pelabur dalam bentuk dividen. Malaysia merupakan antara negara yang…










