INISIATIF Kementerian Pendidikan yang membenarkan pendaftaran secara sukarela ke Tahun Satu bagi kanak-kanak seawal usia enam tahun bermula 2027 merupakan langkah progresif yang selaras dengan hasrat Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 dan mencerminkan fleksibiliti sistem pendidikan kita dalam memenuhi keperluan semasa. Inisiatif ini mengakui bahawa setiap kanak-kanak berkembang pada kadar berbeza. Dengan memberi pilihan kepada ibu bapa untuk mendaftar anak secara sukarela, kita menghormati kepelbagaian kematangan kognitif, emosi dan sosial murid.…










