BANYAK kes peniaga dan subkontraktor warga asing dijatuh hukum oleh mahkamah atas kesalahan kemuka dokumen palsu, gaji pendatang asing tanpa izin, cubaan rasuah, jual produk tiruan dan barang bersubsidi.
Golongan peniaga asing majoriti dari Bangladesh, Pakistan dan Asia Barat kaya raya sehingga mampu mengupah peguam selain tiada masalah bayar denda.
Perlu ada tindakan susulan lebih tegas seperti membatalkan semua lesen walaupun atas nama proksi warga tempatan dan isteri warganegara.
Lebih drastik batal permit kerja dan segera usir ke negara asal jika mereka menyalah guna untuk berniaga, batal pas lawatan sosial dan taraf pemastautin.
Tindakan tegas bagi mengelakkan undang-undang negara dipermainkan oleh peniaga asing demi survival perniagaan sendiri.
Lihat Singapura yang tegas batal permit kerja, taraf pemastautin dan menghantar balik warga asing bermasalah tanpa bertangguh.-UTUSAN
MOHD ZUL
Kuala Lumpur










