SUKAN SEA 2025 sudah berakhir. Sebagai warganegara Malaysia, kami amat bangga atas kejayaan atlet negara dalam pelbagai bidang sukan. Segala usaha dan pengorbanan masa, tenaga mahupun wang ringgit atlet menjalani latihan serta bertanding tetap disanjung tinggi. Terima kasih dan tahniah kami ucapkan. Namun begitu, sebagai rakyat Malaysia, kami sedih apabila hampir tiada atlet bukan Melayu menggunakan bahasa kebangsaan ketika sesi temu bual. Ada juga yang mampu menyelitkan satu atau dua…










