SUMBER manusia yang cekap dan berdaya saing merupakan tulang belakang sesuatu organisasi dalam menghadapi cabaran perniagaan masa kini. Perubahan pesat dalam era Industri 4.0 (IR4.0) dan Masyarakat 5.0 menuntut organisasi menyesuaikan pengurusan sumber manusia agar bakat pekerja terus diperkasakan. Pekerja yang terlalu lama berada dalam zon selesa perlu bersedia menghadapi perubahan manakala organisasi juga mesti merangka strategi efektif bagi mengekalkan pekerja berbakat tanpa mengabaikan kos operasi yang meningkat. Faktor seperti…










