TERMINAL bas suatu ketika dahulu menjadi nadi kehidupan bandar. Deretan kedai kecil, pekerja terminal, pemandu serta penumpang yang keluar masuk saban hari menjadikan kawasan ini hidup, meriah dan bergerak tanpa henti. Namun hari ini, banyak terminal di bandar-bandar utama kelihatan lengang dan tidak lagi menjadi tumpuan masyarakat, apatah lagi fungsinya sebagai pusat mobiliti awam. Perubahan ketara dapat dilihat dalam pilihan mobiliti masyarakat. Pemilikan kenderaan persendirian semakin meningkat, didorong kemampuan kewangan…










