SEJAK dahulu lagi, bidang perakaunan sering dilihat sebagai satu profesion yang bersifat rutin serta bertumpu pada penyelenggaraan buku kira-kira dan tugasan pejabat. Namun hakikat hari ini jauh berbeza. Akauntan moden beroperasi dalam dunia analitik data, platform digital, kecerdasan buatan, rantaian blok dan pelaporan kemampanan. Dalam era automasi dan perdagangan digital, profesion ini sudah memasuki wilayah yang lazimnya dikaitkan dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Malangnya, persepsi umum masih ketinggalan.…










