PENIAGA, sama ada kecil atau besar perlu memahami asas pengurusan kewangan sebelum mengembangkan perniagaan. Ramai usahawan baharu bermula dengan semangat tinggi, namun gagal bertahan kerana tidak dapat membezakan antara modal, untung, hutang, kos operasi dan aliran tunai. Kefahaman terhadap komponen kewangan ini bukan sahaja membantu merancang pertumbuhan, malah mengelakkan keputusan terburu-buru yang boleh menjejaskan kelangsungan perniagaan. Modal ialah wang permulaan untuk memulakan perniagaan, sama ada daripada simpanan sendiri, pelabur atau…









