KEMAJUAN pesat dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) telah melahirkan pelbagai inovasi luar biasa, namun di sebalik keajaiban digital ini muncul satu ancaman baharu yang semakin membimbangkan iaitu aplikasi Deepfake. Istilah ini merujuk kepada teknologi yang menggunakan algoritma AI untuk menghasilkan imej, suara, atau video yang kelihatan benar tetapi sebenarnya palsu. Deepfake berasal daripada gabungan dua perkataan: deep learning (pembelajaran mendalam) dan fake (palsu). Ia menggunakan rangkaian neural tiruan (neural networks)…










