APAKAH Parti Amanah Negara (Amanah) masih relevan? Pertanyaan ini menuntut Amanah membuktikan perjuangannya bukan sekadar wacana tetapi sebuah gerakan yang hidup, progresif dan terus diperlukan dalam landskap mencabar politik negara. Dalam suasana politik yang penuh persaingan, Amanah tidak boleh sekadar menjadi pemerhati dalam Kerajaan Perpaduan sebaliknya mesti tampil sebagai pembawa suara nurani dan nilai rakyat. Dalam ucapan penggulungan Konvensyen Nasional Amanah 2025, Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan keperluan memperkukuh…










