WALAUPUN dunia tanpa tunai menjanjikan kemudahan, namun dalam masa sama membuka ruang kepada ancaman keselamatan siber yang semakin kompleks. Kejadian seperti penipuan dalam talian, pencerobohan data peribadi dan penyamaran digital menunjukkan kemajuan teknologi tidak datang tanpa risiko. Laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan peningkatan ketara dalam kes penipuan kewangan digital sejak 2022, membabitkan jutaan ringgit. Fenomena ini membuktikan tahap kesedaran keselamatan digital dalam kalangan masyarakat masih perlu dipertingkatkan.…










