GLOBAL Sumud Flotilla bukan sekadar konvoi kapal membawa ubat dan makanan ke Gaza tetapi simbol keteguhan umat dunia menentang kezaliman Israel. Konvoi ini cuba memberitahu dunia tidak boleh berdiam diri membiarkan sekatan laut berlarutan hingga berjuta rakyat Palestin terus menderita. Dalam konteks ini, Malaysia yang konsisten memperjuangkan isu Palestin perlu melangkah lebih jauh melalui tindakan diplomatik dan strategik yang berkesan. Pertama, kerajaan wajar memanfaatkan kuasa diplomatiknya. Melalui Wisma Putra, Malaysia…









