BARU-baru ini, Universiti Malaya (UM) mengadakan Pilihan Raya Kampus bagi memilih perwakilan Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) untuk sesi 2025/2026. Selepas penamaan calon, terdapat lima gerakan pelajar yang berjaya berdaftar untuk bertanding dalam pilihan raya kampus kali ini. Berikutan itu, setiap gerakan pelajar dan calon-calon mereka mula giat berkempen di dalam kampus. Namun, saya mendapati bahawa terdapat sesetengah calon atau gerakan pelajar yang menggunakan slogan “Kemenangan kami adalah kemenangan demokrasi”…










