TEGURAN di tempat kerja sememangnya satu bentuk komunikasi yang penting untuk membina pasukan yang lebih baik, meningkatkan mutu kerja dan memperbaiki kesilapan yang mungkin berlaku. Namun begitu, ada ketikanya cara teguran itu disampaikan menjadi isu bukan kerana seseorang itu enggan ditegur, tetapi kerana teguran yang diberikan tidak berhemah dan tidak kena pada tempatnya. Dalam budaya kerja profesional, prinsip asas seperti menghormati maruah dan ruang peribadi wajar dijadikan panduan utama. Menegur…










